Aktiviti

20 keluarga asnaf terima sumbangan Aidiladha dari Veerapan

Sumbangan barang keperluan dapur dan duit raya

REPAH: Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha tidak lama lagi, ADUN Repah, YB S.Veerapan menyampaikan sumbangan barang keperluan harian kepada 20 keluarga asnaf termasuk golongan Orang Kurang Upaya dan pesakit kronik di Kampung Keru, Tampin dan Kampung Seri Asahan, Gemencheh.

Veerapan bersama Ahli Parlimen Tampin YB Datuk Dr.Hasan Bahrom turut menyampaikan sumbangan duit raya sebanyak RM50 kepada setiap 20 keluarga di kampung tersebut.

 

“Semoga sumbangan ini meringankan beban dan adalah diharapkan keluarga-keluarga ini dapat menyambut Hari Raya Aidiladha dengan penuh gembira,” kata Veerapan yang juga Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan.

Turut hadir Pengerusi MPKK Kampung Keru, Encik Suhaimi Ibrahim, Pengerusi MPKK Kampung Sri Asahan, Encik Mazlan Md Sharif dan Ahli Jawatankuasa MPKK DUN Repah.

Show More

Related Articles

Back to top button