Aktiviti

20 keluarga dikuarantin Covid-19 disantuni Rusli

LINGGI: Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah menyantuni 20 keluarga yang dikuarantin di DUN Linggi, dengan menghantar bantuan makanan kepada keluarga terbabit.

Rusli berkata, 20 keluarga yang dikuarantin di rumah (self quarantine) adalah di Pengkalan Kempas, Sungai Raya, Tanjung Agas, Pasir Panjang dan Kampung Telok.

“Mereka tidak dibenarkan meninggalkan rumah untuk tempoh yang tertentu dan menjadi tanggungjawab kita untuk membantu mereka yang terkesan.

“Kita menghantar barangan keperluan memasak kepada 20 keluarga yang dikuarantin ini akibat Covid-19.

“MPKK setempat turut membantu dalam proses pengagihan bantuan makanan ini.

“Harapan kita semoga mereka yang terkesan ini dipermudahkan segara urusan dan cepat sembuh,” ujar Rusli.

Show More

Related Articles

Back to top button