Aktiviti

20 keluarga kurang kemampuan terima sumbangan Musliadi

JERAM PADANG: Seramai 20 keluarga kurang berkemampuan menerima sumbangan barang keperluan dapur dari Penyelaras DUN Jeram Padang, Tuan Musliadi Sabtu.

“Kali ini saya meneruskan aktiviti penyerahan sumbangan di Felda Palong 1 dengan menyantuni dan menyampaikan sumbangan barang keperluan harian bagi yang layak .

“Selagi nadi berdenyut, usaha mendekati masyarakat sentiasa bermain di sanubari saya untuk terus berbakti,” kata Musliadi.

Sementara itu, Musliadi berkesempatan menziarahi seorang pesakit jantung di Felda Palong 2.

“Rosli Jamaludin perlu menjalani pembedahan jantung dan kos pembedahan hampir RM44,000.

“Saya akan beri bantuan kewangan awalan untuk menampung perbelanjaan ke hospital untuk rawatan pesakit luar.

“Pada masa yang sama, kita ada memohon dengan Unit Kebajikan Sosial untuk menanggung keseluruhan kos pembedahan,” jelas Musliadi.

Show More

Related Articles

Back to top button