Berita

20 keluarga Ladang St.Helier yang dikuarantin Covid-19 dapat perhatian Musliadi

JERAM PADANG: Penyelaras DUN Jeram Padang, Tuan Musliadi Sabtu mengagihkan bantuan bakul makanan kepada 20 keluarga yang dikuarantin akibat Covid-19 di Ladang St.Helier dekat sini.

“Saya dimaklumkan 20 keluarga yang dikuarantin akibat Covid-19 di Ladang St.Helier terputus bekalan makanan.

“Justeru, saya bergegas ke Ladang St.Helier dan menyumbang barang keperluan dapur bagi meringankan beban keluarga terbabit.

“Saya mendoakan semoga semua keluarga ini diberikan kesihatan yang baik,” ujar Musliadi.

Turut hadir, Pengerusi MPKK Pekan Jelai, Encik Raju.

Show More

Related Articles

Back to top button