Aktiviti

20 mahasiswa Chembong terima bantuan RM1,200 dari Nasarudin

CHEMBONG: Seramai 20 pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) dari keluarga yang kurang berkemampuan, yang berasal dari DUN Chembong menerima Bantuan Sara Hidup Mahasiswa Anak Negeri Sembilan.

Bantuan Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan ini disampaikan oleh Penyelaras DUN Chembong, Tuan Nasarudin Ibrahim di pejabatnya.

“Mahasiswa akan menerima RM100 setiap bulan dan duit akan dikreditkan terus akaun bank masing-masing.

“Maka untuk setahun (12 bulan) pelajar akan menerima jumlah bantuan kewangan sebanyak RM1,200.

“Semoga dengan bantuan sara hidup untuk mahasiswa ini, ianya dapat meringankan perbelanjaan para mahasiswa.

“Terima kasih kepada Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan kerana sentiasa mendahulukan rakyat,” ujar Nasarudin.

Show More

Related Articles

Back to top button