Berita

20 OKU terima bantuan bulanan daripada Gunasekaren

SEREMBAN JAYA: ADUN Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren telah menyampaikan bantuan barang keperluan dapur secara bulanan kepada 20 keluarga yang mempunyai ahli keluarga Orang Kurang Upaya (OKU).

Gunasekaren berkata, bantuan barang keperluan dapur ini diberikan sebanyak dua kali sebulan dan bermilai RM50 dan RM100 mengikut kes.

“Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu dan meringankan beban keluarga yang menjaga 20 individu OKU berkenaan,” kata Gunasekaren.

20 keluarga yang menerima bantuan ini dari Taman Bukit Sri Senawang dan Taman Tuanku Ampuan Najihah.

Show More

Related Articles

Back to top button