Aktiviti

20 pelajar IPTA/IPTS Gemencheh terima insentif kecemerlangan

GEMENCHEH: Seramai 20 orang pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) menerima insentif kecemerlangan dari Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan.

Pegawai Kebajikan Pejabat Penyelaras DUN Gemencheh, Encik Noor Hafiz Rashid mewakili Penyelaras DUN Gemencheh menyerahkan bantuan kewangan tersebut di pejabatnya.

“Penerima bantuan ini dari pelajar berbilang kaum dan diharapkan dengan bantuan ini ianya dapat menampung pembelajaan serta meringankan beban keluarga yang kurang berkemampuan,” kata Noor Hafiz.

Noor Hafiz dalam ucapannya turut memberi penerangan mengenai pelbagai insentif dan inisiatif yang Kerajaan Negeri perkenalkan kepada rakyat Negeri Sembilan.

Sementara itu, pelajar dan ibubapa mereka yang menerima insentif kecemerlangan ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada YAB Menteri Besar Negeri Sembilan kerana prihatin kepada pelajar yang ingin menyambung pelajaran.

 

Show More

Related Articles

Back to top button