Berita

20 pelajar kurang kemampuan terima Bantuan Anak Sekolah dari Musliadi

JERAM PADANG: Penyelaras DUN Jeram Padang, Tuan Musliadi Sabtu menyerahkan Bantuan Anak Sekolah (BAS) kepada 20 pelajar dari keluarga yang kurang berkemampuan di Kampung Pekan Jelai dekat sini.

“BAS merupakan inisiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan untuk meringankan kos pendidikan pelajar sekolah dari keluarga yang kurang berkemampuan.

“Turut menerima bantuan ini dua pelajar dari Sekolah Agama Menengah Rendah, Johol yang tersenarai sebagai penerima bantuan di dalam DUN Jeram Padang.

“Semoga dengan usaha Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan hari ini, ianya dapat membantu pembelajaran anak-anak dan meringankan beban keluarga dalam menghadapi pandemik Covid-19. Insyah Allah,” kata Musliadi.

BAS merupakan bantuan kewangan sebanyak RM550 setahun yang akan diagihkan kepada pelajar yang layak dalam dua fasa.

Pelajar menerima RM300 pada bulan Jun di bawah Fasa 1 dan bakinya RM250 pada bulan Oktober (Fasa 2).

Show More

Related Articles

Back to top button