Aktiviti

20 pelajar sekolah Seri Menanti terima bantuan persekolahan RM100

SERI MENANTI: Seramai 20 pelajar sekolah menerima sumbangan kewangan dari Penyelaras DUN Seri Menanti, Tuan Shahran Kaat, menjelang pembukaan sesi persekolahan minggu hadapan.

Shahran dan MPKK Kampung Terachi, masing-masing menyumbang RM50 setiap seorang kepada 20 pelajar terbabit, menjadikan setiap pelajar menerima RM100 seorang.

“Semoga dengan sumbangan ini, ianya dapat meringankan beban ibubapa menjelang sesi persekolahan tidak lama lagi,” kata Shahran.

Show More

Related Articles

Back to top button