Berita

MPKK adalah Frontliner di kawasan masing-masing

KUALA PILAH: Exco Pembangunan Luar Bandar, YB Dato’ Ismail Ahmad berkata, MPKK merupakan frontliner dalam kawasan kampung masing-masing.

“Oleh hal yang demikian, saya memohon agar sebarang kerja tidak ditangguhkan.

“Sekiranya terdapat masalah atau bencana perlu segera diselesaikan.

“Saya juga menyeru agar MPKK menjalankan amanah dan tanggungjawab,” kata Ismail.

Ismail berkata demikian di Majlis Anugerah Kampung Terbaik Daerah Kuala Pilah.

Anugerah tersebut dijuarai oleh Kampung Seri Pilah.

“Tahniah kepada pemenang.

“Semoga khidmat bakti kepada masyarakat terus dilaksanakan dengan jaya,” ujar beliau lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button