Berita

200 keluarga kurang kemampuan terima bantuan makanan dari Ng

TEMIANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Temiang, YB Ng Chin Tsai menyumbang barangan keperluan dapur kepada 200 keluarga kurang berkemampuan di DUN Temiang sempena sambutan Deepavali baru-baru ini.

Ng berkata, beliau telah mengagihkan 200 set barangan keperluan asas kepada masyarakat Hindu yang miskin dan berpendapatan rendah di DUN Temiang.

“Program ini merupakan acara tahunan yang dijalankan oleh Pusat Khidmat Rakyat DUN Temiang sejak tahun 2008.

“Setiap kaum perlu saling hormat menghormati antara satu sama lain bagi memastikan hubungan perpaduan di negara ini terus terjaga.

“Program ini juga mendapat sokongan daripada badan bukan kerajaan (NGO) yang turut menyumbang bagi menjayakan program ini,” kata Ng.

Show More

Related Articles

Back to top button