Berita

200 keluarga terima sumbangan bakul makanan dari Anwar

PORT DICKSON: Pejabat Ahli Parlimen Port Dickson dengan kerjasama Angkatan Demokrat Berjiwa Rakyat (ADAT) dan Agroeconomy Sdn Bhd menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada warga Port Dickson yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Ahli Parlimen Port Dickson, YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata, sumbangan yang melibatkan 200 orang penerima ini mendapat kerjasama sepenuhnya daripada semua pihak termasuk penerima sendiri dalam mematuhi SOP yang ditetapkan.

“Pandemik Covid-19 ini memberi kesan kepada hampir semua golongan masyarakat dan ramai yang terjejas pendapatan.

“Diharapkan usaha ini dapat mengurangkan beban para penerima dalam tempoh yang mencabar ini,” ujar Anwar.

Show More

Related Articles

Back to top button