Aktiviti

200 penunggang motosikal dapat ‘Petrol Percuma’ dari Zainal Fikri

SUNGAI LUI: Seramai 200 penunggang motosikal dari DUN Sungai Lui telah mendapat manfaat ‘petrol percuma’ dari Penyelaras DUN Sungai Lui, Tuan Zainal Fikri Abd Kadir.

“Semoga dengan adanya program pemberian minyak percuma ini dapat menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada mereka sebagai penjana ekonomi DUN Sungai Lui yang majoritinya keluar mencari rezeki dengan menggunakan motosikal,” kata Zainal Fikri.

Program ‘Petrol Percuma’ ini diadakan di Stesen Minyak BHP Felda Lui Muda dan Stesen Minyak Smart Felda Pasoh.

Zainal Fikri turut mengedarkan kalendar tahun 2021 dan akhbar Nogori Kito.

 

Show More

Related Articles

Back to top button