Berita

2,000 baucar bernilai RM100 selesai diedar,” Arul Kumar

NILAI: Sebanyak 2,000 baucar bernilai RM100 telah selesai diedarkan sejak seminggu lalu oleh Pusat Khidmat Rakyat DUN Nilai,” kata ADUN Nilai, YB J.Arul Kumar.

Arul Kumar berkata, agihan baucer ini merupakan Bantuan Khas Covid-19 dari Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan kepada golongan yang benar-benar memerlukan yang terkesan dengan pandemik Covid-19.

“Sejak seminggu ini 2,000 baucar bernilai RM100 untuk mendapatkan barangan keperluan telah selesai diedarkan dan semua penerima telah pun membeli barangan mengikut keperluan mereka di beberapa buah kedai runcit dan pasaraya sekitar DUN Nilai.

“Walaupun pada asalnya kita memperuntukkan 2,000 keluarga (penerima), tetapi permohonan telah melebihi daripada itu.

“Oleh itu, dalam masa terdekat, baki pemohon yang belum menerima baucar akan dibantu dan diharap bantuan ini sedikit sebanyak meringankan beban mereka dalam tempoh PKP 3.0,” kata Arul Kumar.

Pada 2 Jun lalu, Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun mengumumkan bantuan khas Covid-19 dengan memperuntukan RM10 juta bagi membantu masyarakat yang sangat terkesan dengan pandemik Covid-19.

Show More

Related Articles

Back to top button