Aktiviti

Pesakit lumpuh Aminah terima kerusi roda dari Mohd Aidil

Aminah turut menerima sumbangan kewangan

JUASSEH: Seorang pesakit lumpuh Puan Aminah dari Kampung Keru, mendapat perhatian Pejabat Penyelaras DUN Juasseh apabila Penyelaras DUN, Tuan Mohd Aidil Abdullah menyerahkan sumbangan kerusi roda kepada warga emas tersebut.

“Selain kerusi roda, saya juga menghulur sumbangan berbentuk wang tunai dan lampin pakai buang dewasa bagi meringankan beban Puan Aminah sekeluarga,” kata Mohd Aidil.

Turut hadir Pengerusi MPKK Kampung Keru, Haji Ruslan Baharum dan Pegawai Dakwah dan Media Pejabat Penyelaras DUN Juasseh, Ustaz Muhammad Fakhrul Syahmi.

Show More

Related Articles

Back to top button