Berita

Tiga adik beradik di rumah kebajikan mencari ibubapa

Arul Kumar mohon bantuan orang ramai mengesan ibubapa adik beradik tersebut

SEREMBAN: Tiga adik beradik yang tinggal di sebuah rumah kebajikan di Seremban menghadapi masalah untuk mendapatkan kad pengenalan kerana kedua-dua ibu dan bapa mereka tidak dapat dikesan.

Exco Sumber Manusia, Perladangan dan Hal Ehwal Bukan Islam, YB J.Arul Kumar berkata, ketiga-tiga adik beradik ini mempunyai sijil kelahiran.

“Oleh kerana ibu dan bapa mereka tidak dapat dikesan, maka pihak pengurusan rumah kebajikan ini menghadapi masalah untuk mendapatkan kad pengenalan.

“Bapa kepada tiga adik beradik ini bernama Balakrishnan A/l Velu, kini berusia 40 tahun dan ibu kepada kanak-kanak ini bernama Logeswary A/P Supayah dan kini berusia 31 tahun.

“Saya difahamkan Logeswary kini berada di Johor Bahru.

“Saya mohon jika sesiapa mengenali ibu atau bapa adik beradik ini, sila hubungi saya untuk memudahkan urusan,” kata Arul Kumar.

Sementara itu Arul Kumar yang juga ADUN Nilai berkata, kerja-kerja penurapan jalan di semua jalan di hadapan barisan kedai di Pekan Mantin telah dilaksanakan oleh Majlis Bandaraya Seremban (MBS).

“Lebih kurang 30 projek penurapan jalan sedang dilaksanakan oleh MBS di DUN Nilai pada bulan Julai ini.

“Dengan pelaksanaan projek penurapan ini beberapa aduan sebelum ini dapat diselesaikan,” ujarnya.

Show More

Related Articles

Back to top button