Berita

Masalah kacau ganggu di Taman Tan Chee Hoe akan diatasi segera

Persekitaran semak samun, sistem perparitan yang tidak teratur dan ancaman binatang berbisa.

SEREMBAN JAYA: ADUN Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren dan Exco Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan, YB Nicole Tan Lee Koon telah mengadakan lawatan ke tapak tanah rezab di Jalan Seroja 23, Taman Tan Chee Hoe yang mendatangkan kacau ganggu termasuk persekitaran semak samun, sistem perparitan yang tidak teratur dan ancaman binatang berbisa.

Lawatan bersama Timbalan Pengarah Jabatan Kebersihan Majlis Bandaraya Seremban (MBS) Tuan Fadhil; Timbalan Pengarah Kejuruteraan MBS, Encik Nuh; Pegawai MBS, Puan Zurainie; Ahli Majlis MBS, Puan Jamilah dan pegawai penguatkuasa MBS yang lain telah turun padang untuk melihat dan mencari jalan penyelesaian permasalahan tersebut.

“Difahamkan tanah rezab tersebut mempunyai dua pemilik dan sebahagiannya telah pun dibersihkan oleh tuan tanah.

“Pihak MBS juga bersetuju dan akan memastikan keseluruhan tanah tersebut dibersihkan.

“Pihak kami juga telah melawat dan meninjau sendiri sebuah gudang penyimpanan kenderaan berhadapan jalan Seroja 15.

“Kami juga telah mengutarakan permasalahan deretan rumah tinggal di Jalan Seroja 16 yang melibatkan lima buah rumah yang dipenuhi pelbagai sampah, mengundang kehadiran binatang berbisa, nyamuk dan mencacatkan pemandangan,” kata Gunasekaren.

 

Show More

Related Articles

Back to top button