Berita

24 mahasiswa dapat bantuan sara hidup RM1,200 dari Arul Kumar

NILAI: Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan telah melancarkan Bantuan Sara Hidup (BSH) Mahasiswa Anak-Anak Negeri Sembilan dengan memberikan bantuan berjumlah RM100 setiap bulan kepada mahasiswa yang layak di Institut Pengajian Tinggi.

Pagi kelmarin, ADUN Nilai, YB J.Arul Kumar telah menyampaikan cek bernilai RM1,200 setiap seorang kepada 24 mahasiswa dari DUN Nilai.

“Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan melalui Yayasan Negeri Sembilan telah menyerahkan bayaran berjumlah RM1,200 kepada 1,250 orang penerima secara berperingkat bermula hujung tahun lepas.

“Bantuan RM100 setiap bulan atau bersamaan dengan RM1,200 untuk 12 bulan ini, sedikit sebanyak dapat membantu mahasiswa untuk membeli buku rujukan untuk pendidikan atau dapat menampung kos sara hidup mereka semasa berada di kampus.

“Ini juga secara langsung dapat membantu meringankan beban kewangan keluarga mereka.

“Kita percaya inisiatif Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan ini dapat memberikan impak yang positif kepada mahasisiwa dan juga kepada keluarga mereka,” kata Arul Kumar yang juga Exco Sumber Manusia, Perladangan dan Hal Ehwal Bukan Islam.

 

Show More

Related Articles

Back to top button