Berita

240 penduduk DUN Linggi telah divaksinasi

LINGGI: Seramai 240 penduduk yang berdaftar telah selesai menerima vaksin menerusi Program Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Outreach Vaksin Covid-19 di DUN Linggi.

Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah berkata, 240 individu ini menerima vaksin Pfizer dos pertama pada 31 Julai lalu.

“Hari ini (Ahad) dalam masa enam jam, semua 240 penerima berjaya divaksinasi dengan dos kedua.

“Program berjalan dengan lancar dan teratur mengikut SOP yang telah ditetapkan,” ujarnya.

Rusli mengucapkan terima kasih di atas kerjasama Klinik Kesihatan Pasir Panjang dan Port Dickson.

Show More

Related Articles

Back to top button