Berita

Anwar lancar program ‘Keadilan Cakna Siswa’

Pembelajaran atas talian mahasiswa anjuran MKM dan KeADILan

PORT DICKSON: Presiden KeADILan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim melancarkan program ‘Keadilan Cakna Siswa’ dan mengadakan satu sesi interaksi bersama mahasiswa di Port Dickson.

Program anjuran Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM) ini berkaitan dengan pembelajaran atas talian yang perlu ditempuh mahasiswa ketika pandemik Covid-19 ini.

“Dengan kerjasama 15 Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) KeADILan seluruh negara; ia akan memberi ruang fasiliti dan kemudahan internet kepada semua mahasiswa yang terkesan dan memerlukan.

“Semoga ia dimanfaatkan dengan sebaik mungkin dan sekaligus memudahkan proses pembelajaran atas talian mahasiswa,” kata Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson.

Show More

Related Articles

Back to top button