BeritaMenarik

CLQ Lodge Residence boleh tempatkan 3,000 pekerja asing

NILAI: Exco Sumber Manusia Negeri Sembilan, YB Veerapan Superamaniam telah mengadakan lawatan ke Pusat Penempatan Pekerja Asing @ Centralised Labour Quarter (CLQ) Lodge Residence, di Bandar Baru Nilai.

Veerapan berkata, pusat ini yang mempunyai hampir 950 unit bilik yang boleh menempatkan lebih 3,000 pekerja.

“Saya telah diberikan taklimat oleh pihak pengurusan pusat mengenai kemudahan serta beberapa masalah yang perlu diberikan perhatian segera.

“Saya akan membawa isu yang berbangkit di CLQ ini ke mesyuarat Exco Kerajaan Negeri dan akan cuba menyelesaikan mengikut peraturan yang ditetapkan,” katanya.

Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Negeri Sembilan (JTK), Encik Roslan Bahari.

Show More

Related Articles

Back to top button