Aktiviti

25 keluarga dikuarantin terima bantuan makanan dari Nasir

BAGAN PINANG: Penyelaras DUN Bagan Pinang, Tuan Nasir Rahman mengagihkan sumbangan bakul makanan kepada 25 keluarga di Taman Desa PD sebentar tadi.

Nasir berkata, 25 keluarga ini dikuarantin sebagai kontak rapat kepada kontak positif Covid-19.

“Hari ini merupakan hari ke sembilan mereka dikuarantin dan diharapkan sumbangan makanan ini membantu meringankan beban keluarga yang terlibat.

“Saya mendoakan agar mereka tenang dan sabar dengan dugaan dan ujian ini. Insyah Allah,” ujar Nasir.

Turut hadir, Pegawai Khas Ahli Parlimen Port Dickson Mejar (B) Hasrin Abd Samat; Pengerusi MPKK Kampung Baru Si Rusa dan MPKK Kampung Telok Kemang.

Show More

Related Articles

Back to top button