Berita

25 pelajar cemerlang SPM 2020 terima ‘hadiah’ dari Bakri

KLAWANG: ADUN Klawang, YB Dato Ir.Bakri Sawir telah menyantuni 25 pelajar cemerlang SPM tahun 2020 dari DUN Klawang.

Bakri yang juga Exco Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sembilan menziarahi setiap pelajar dari rumah ke rumah dan menyerahkan sumbangan kewangan mengikut keputusan mereka.

“Saya telah menyerahkan sumbangan wang tunai kepada 25 pelajar yang mendapat keputusan dari 6A ke 10A dalam peperiksaan SPM pada tahun lepas.

“Tahniah di atas pencapaian ini dan saya ingin menasihatkan para pelajar agar meneruskan usaha dan belajar dengan tekun agar mencapai kecemerlangan yang seterusnya,” ujar Bakri.

Para pelajar dan ibubapa yang ditemui, ternyata amat gembira dengan penghargaan yang diberi oleh Bakri kepada mereka.

Show More

Related Articles

Back to top button