Berita

250 baucer Bantuan Khas Covid-19 telah diagihkan di Seremban Jaya

SEREMBAN JAYA: Bantuan Khas Covid-19 yang diumumkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan telah mula diagihkan di DUN Seremban Jaya.

ADUN Seremban Jaya YB P.Gunasekaren berkata di bawah Fasa 1; sebanyak 250 baucer telah diagihkan kepada keluarga yang sangat terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0).

Secara keseluruhan, sebanyak 1,500 keluarga dari DUN Seremban Jaya akan menerima baucer bernilai RM100 setiap satu keluarga. Baucer akan diagihkan secara berperingkat-peringkat bagi mematuhi SOP yang ditetapkan.

“Saya telah mengagihkan baucer untuk pembelian barangan keperluan dapur bernilai RM100 (setiap baucer) warga DUN Seremban Jaya yang berkelayakan.

“Untuk Fasa 1, sebanyak 250 keluarga kurang berkemampuan dari Taman Seremban Jaya dan Taman Tuanku Ampuan Najihah telah menerima baucer ini.

“Penerima mempunyai pilihan untuk membeli barangan keperluan dapur di dua kedai runcit yang telah disenaraikan.

“Saya berharap pemberian baucer bernilai RM100 ini membantu golongan yang terkesan akibat pandemik Covid-19,” kata Gunasekaren.

Show More

Related Articles

Back to top button