Aktiviti

Pesakit SLE terima kerusi roda dari Abdul Rahman

JEMPOL: Penyelaras DUN Serting, Tuan Abdul Rahman Ramli telah menyumbangkan sebuah kerusi roda kepada Saudara Muhammad Hisyam Mohd Yusni yang merupakan seorang pesakit Systhemic Lupus Erythematosus (SLE).

Sumbangan telah dibuat di rumah Saudara Muhammad Hisyam di Taman Sri Serting dekat sini.

Saudara Muhammad Hisyam dari Taman Sri Serting yang hanya bekerja membantu bapanya meniaga satay di Bandar Seri Jempol, telah hilang keupayaan untuk berdiri akibat penyakit SLE ini.

“Saya berharap sumbangan yang dibuat ini bukan sahaja memudahkan kehidupan Muhammad Hisyam, tetapi juga dapat meringankan beban keluarga beliau yang terjejas perniagaan satay, akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama beberapa bulan ini,” kata Azrin.

Foto: Azrin

Show More

Related Articles

Back to top button