Aktiviti

Gotong Royong eratkan hubungan penduduk Kampung Temeris

SENALING: Penyelaras DUN Senaling, Tuan Md Rais Mohamad@Basiron telah menganjurkan program gotong royong membersihkan Madrasah Kampung Temeris yang bertujuan untuk mengeratkan hubungan penduduk kampung.

Program ini telah mendapat sambutan yang meluas daripada penduduk kampung. Lebih 70 orang penduduk kampung hadir untuk menjayakan program tersebut.

Md Rais turut menyumbang cat dan sejumlah wang untuk tabung madrasah tersebut. Antara aktiviti yang dijalankan adalah mengecat semula bangunan madrasah dan membersihkan kawasan persekitaran.

“Harapan saya semoga program ini dapat merapatkan lagi hubungan penduduk kampung tanpa mengira ideologi politik,” kata Md Rais.

Turut hadir menjayakan program ialah Pengerusi MPKK Kampung Temeris, Encik Zahari Ashim: Setiausaha MPKK Kampung Temeris, Puan Mastura Abu Bakar dan Ketua Biro Kebajikan Madrasah Kampung Temeris, Puan Zarina.

Show More

Related Articles

Back to top button