Berita

2,580 keluarga terkesan akibat PKP 3.0 dan Covid-19 terima bantuan makanan dari Mary

RAHANG: Sebanyak 2,580 keluarga yang terjejas pendapatan akibat Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 dan dikuarantin Covid-19, menerima bantuan bakul makanan dari YB Mary Josephine Prittam Singh.

Mary Josephine berkata, jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan hampir RM200,000 untuk bantuan bakul makanan dan sebahagian peruntukan tersebut adalah daripada peruntukan Pusat Khidmat Rakyat DUN Rahang.

“Saya amat prihatin dengan keperluan rakyat pada waktu kini khususnya dengan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan baru-baru ini.

“Sasaran bantuan ini untuk keluarga yang terputus bekalan makanan termasuk keluarga yang terjejas pendapatan dan dikuarantin akibat Covid-19.

“Keluarga yang diklasifikasi sebagai miskin tegar juga menerima bantuan barangan keperluan dapur ini,” jelas Mary Josephine.

Mary turut merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan dan syarikat swasta (penaja) yang turut menyumbang dalam bentuk kewangan dan barangan untuk membantu keluarga yang memerlukan di DUN Rahang.

“Untuk mengurangkan jangkitan Covid-19, saya ingin menasihatkan keluarga yang terputus bekalan makanan agar kekal berada di dalam rumah dan hubungi pejabat saya melalui telefon untuk bantuan makanan.

“Sukarelawan Team DUN Rahang sentiasa bersedia untuk menghantar bekalan bakul makanan terus ke rumah masing-masing,” jelas Mary Josephine.

Beliau berkata,, sekiranya warga DUN Rahang memerlukan bantuan makanan, sila hubungi Pusat Khidmat Rakyat DUN Rahang di talian 06-762 5328 atau menghantarkan butiran melalui Whatsapp ke talian hotline 012-3692275.

Show More

Related Articles

Back to top button