Berita

Arul Kumar sumbang 3 Pendingin Udara kepada Masjid Taman Semarak 2

Tiga Pendingin Udara dan dua Pembersih Vakum Kering bernilai RM8,500

NILAI: ADUN Nilai, YB J.Arul Kumar menyumbang tiga unit Pendingin Udara (Air Cooler) dan dua unit Pembersih Vakum Kering (Dry Vacuum Cleaner) yang bernilai RM8,500 kepada Masjid Al-Azim, Taman Semarak 2, Nilai.

“Setiap hari Jumaat, lebih kurang 1,500 orang jemaah hadir untuk Sembahyang Jumaat dan keadaan masjid yang terbuka menyebabkan ketidakselesaan dan panas.

“Dengan adanya kemudahan ini, saya berharap semua jemaah dapat menjalankan ibadat sembahyang dalam keadaan selesa,” kata Arul Kumar yang juga merupakan Exco Sumber Manusia, Perladangan dan Hal Ehwal Bukan Islam.

Sementara itu, Setiausaha Masjid Al-Azim, Encik Ramlan Giman berkata pihaknya bersyukur dengan sumbangan Arul Kumar dan berharap kemudahan yang diterima ini dapat mengurangkan bahang panas.

Katanya, sebelum ini pihaknya hanya mengunakan kipas dan juga beberapa kipas industri yang bersaiz besar.

“Namun apabila kita melakukan kelas agama dan kuliah, ada penceramah kurang selesa kerana keadaan bunyi kipas industri yang agak bising serta boleh menganggu kuliah yang berlangsung.

“Terima kasih dan bersyukur sangat apabila terima sumbangan ini, dapatlah kami melakukan aktiviti agama dengan selesa selepas ini,”kata Ramlan.

Foto: Sugumaran

Show More

Related Articles

Back to top button