Berita

Bakri serah 1,025 anak pokok durian kepada pengusaha dusun durian

Seramai 10 pengusaha dusun durian Daerah Jelebu terima bantuan

KLAWANG: Sebagai pemangkin dan galakan kepada pengusaha dusun durian meningkatkan hasil buah durian, Jabatan Pertanian Negeri Sembilan telah memberi bantuan anak pokok durian Musang King dan D99 kepada 10 penerima di Daerah Jelebu.

Seramai 10 penerima ini menerima sebanyak 1,025 anak pokok Durian Musang King dan 320 anak pokok Durian D99 telah diserahkan oleh Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, YB Bakri Sawir.

“Setiap penerima menerima 120 anak pokok Durian Musang King dan 24 anak pokok durian D99.

“Bantuan ini adalah sebagai pemangkin dan bagi memberi galakan kepada petani agar terus mengusahakan tanaman mereka dengan jayanya.

“Petani yang menerima bantuan ini akan dibimbing dan dikawal oleh Jabatan Pertanian Daerah Jelebu sehingga tempoh setahun setengah bagi memastikan tanaman mereka tumbuh dengan sihat,” kata Bakri yang juga ADUN Klawang.

Foto: Norazizi

Show More

Related Articles

Back to top button