Aktiviti

Ismail: ‘Masih ada yang sayang’

Pesakit Parkinson disantuni ADUN Labu

LABU: Sesuai dengan nama program ‘Ziarah Kasih DUN Labu – Masih ada yang sayang’; ADUN Labu, YB Ismail Ahmad bersama isteribya Puan Selamah Sulaiman telah menziarahi dan menyantuni Puan Zaharah Abdullah di Kampung Labu Jaya (LBJ) yang kini menjaga suaminya pesakit Parkinson dan mak mertua yang telah uzur.

Dalam program tersebut, Ismail yang juga Exco Pembangunan Luar Bandar telah menyerahkan katil boleh laras dan sumbangan wang tunai untuk meringankan beban kewangan yang dihadapi oleh Zaharah.

Turut hadir Pengerusi MPKK Kampung LBJ, Tuan Abdul Jalal; Pengerusi MPKK Kampung Kubang, Tuan Ismail Aneepa dan Pengerusi MPKK Kampung Lambar, Tuan Khamis Musa.

 

Show More

Related Articles

Back to top button