Berita

Veera mahu wanita Repah diperkasa dengan kemahiran

Seramai 25 wanita DUN Repah menyertai Program Menjahit Bantal

TAMPIN: Pusat Khidmat DUN Repah dan Power House Wanita Gemilang (PH GEM) dengan kerjasama Pertubuhan Jahitan dan Kraftangan Wanita Tampin telah menganjurkan ‘Program Menjahit Bantal’.

Pengerusi Pertubuhan Jahitan dan Kraftangan Wanita Tampin, Puan M.Leela berkata program berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang memberangsangkan.

Seramai 25 peserta wanita sekitar DUN Repah telah mengambil bahagian dalam program sehari ini.

ADUN Repah, YB Veerapan menyampaikan ucapan motivasi kepada peserta agar mereka dapat memulakan perniagaan sendiri dari rumah seperti YouTuber Sugu Pavithra selepas mempelajari kemahiran menjahit bantal.

“Peserta juga boleh mengajar jahitan kepada orang lain melalui Facebook atau pun YouTube.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Pertubuhan Jahitan dan Kraftangan Wanita Tampin di atas usaha menjayakan program ini.

“Saya juga akan menguruskan permintaan Puan M.Leela untuk mendapatkan sebuah mesin jahit yang baru secepat mungkin untuk menjalankan program akan datang,” kata Veerapan.

Pertubuhan Jahitan dan Kraftangan Wanita Tampin bersama PH GEM akan menganjurkan satu lagi Program Jahitan Baju Kanak-Kanak dalam masa terdekat di Tampin.

Peserta program mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pertubuhan Jahitan dan Kraftangan Wanita Tampin, PH GEM dan Pusat Khidmat DUN Repah di atas peluang mempelajari kemahiran secara percuma yang dapat membuka ruang untuk menjana pendapatan dengan bekerja dari rumah.

Semua peserta menerima sijil yang disampaikan oleh Exco Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan, YB Nicole Tan Lee Koon dan Veerapan.

Sementara itu, Veerapan yang juga Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan berkata, Kerajaan Negeri Sembilan telah mengagihkan peruntukan Fasa Pertama kepada usahawan kecil iaitu Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan(TUNS).

“Seramai sembilan peniaga kecil dari DUN Repah telah menerima geran berjumlah RM3,000.

“Dari jumlah itu sebanyak RM2,000 untuk peralatan perniagaan dan RM1,000 sebagai modal pusingan,” katanya.

 

 

 

Show More

Related Articles

Back to top button