Aktiviti

27 keluarga mangsa banjir Johol terima bantuan kewangan RM500

JOHOL: Seramai 27 keluarga mangsa banjir DUN Johol menerima bantuan kewangan dari Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan.

Penyelaras DUN Johol, YM Tunku Yazid Tunku Adzim berkata, Kerajaan Negeri Sembilan di bawah pentadbiran YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun amat prihatin dengan keadaan mangsa banjir tempohari.

“Bencana banjir pada 19 November lalu memberi kesan kepada keluarga terbabit dan rata-rata dari mereka mengalami kerugian besar.

“Justeru, YAB Menteri Besar telah mengambil keputusan untuk memberikan bantuan kewangan sebanyak RM500 kepada setiap mangsa banjir yang terlibat.

“Alhamdullillah, saya telah pun menyerahkan bantuan kewangan RM500 kepada semua mangsa banjir ini,” katanya.

Penerima bantuan kewangan banjir ini mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Menteri Besar Negeri Sembilan dan akan memanfaatkan pemberian Kerajaan Negeri ini dengan sebaiknya.

Show More

Related Articles

Back to top button