Aktiviti

300 asnaf Temiang terima sumbangan makanan asas

Barangan berbentuk beras, minyak masak, gula dan lain-lain

TEMIANG: ADUN Temiang, Ng Chin Tsai berkata, Pusat Khidmat DUN Temiang telah mengadakan program pengagihan barangan keperluan harian sebanyak mungkin di sepanjang waktu PKP, PKPB dan PKPP di DUN Temiang.

Barang makanan asas seperti beras, minyak masak, gula, biskut dan lain-lain telah diagihkan kepada 300 asnaf sekitar DUN Temiang.

“Program ini diadakan untuk menyantuni golongan yang memerlukan di kawasan DUN Temiang agar dapat meringankan beban kewangan keluarga yang kurang berkemampuan.

“Walaupun kita kini berada di tahap Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan( PKPP), pelbagai sektor ekonomi telah dibuka semula, tetapi kita masih menghadapi situasi ekonomi yang agak mencabar akibat penularan penyakit Covid-19, ramai rakyat masih terkesan dalam krisis ini.

“Saya amat berbesar hati kerana program kita mendapat tajaan seorang individu, Encik Lai Keen Choy yang juga merupakan Pengerusi LAI Clan Association Negeri Sembilan,” kata Ng.

Ng berkata, pihaknya telah mengagihkan 300 set barangan dapur yang merupakan keperluan asas kepada masyarakat di sekitar kawasan Temiang.

“Terima Kasih kepada Encik Lai, atas sumbangan ini yang amat bererti kepada penerima.

“Sebarang bentuk sumbangan dan kerjasama daripada mana-mana pihak adalah amat dialu-alukan demi kesejahteraan rakyat,” ujar Ng.

Show More

Related Articles

Back to top button