Aktiviti

Asnaf Labu terima sumbangan Aidiladha dari Ismail

69 keluarga asnaf terima sumbangan barangan keperluan dapur

LABU: ADUN Labu, YB Ismail Ahmad merangkap Exco Pembangunan Luar Bandar bersama isteri, Puan Selamah Sulaiman serta Pengerusi-pengerusi MPKK DUN Labu telah mengadakan Program Ziarah Kasih dan Menyantuni Warga DUN Labu bagi Fasa Kedua.

Program Ziarah Kasih dan Menyantuni Warga DUN Labu dari rumah ke rumah kali ini melibatkan kawasan MPKK Kampung Labu Hilir, Kampung Kondok, Kampung Tanjong, Kampung Jalan Sepang, Kampung Kubang, Kampung Jijan, Kampung Labu Jaya (LBJ), Kampung Gadong Jaya dan Kampung Gadong SC.

“Dalam lawatan kali ini, saya telah menyampaikan sumbangan barangan keperluan dapur kepada 63 keluarga asnaf termasuk yang sakit terlantar.

“Saya sentiasa prihatin, komited dan mengambil berat kebajikan warga DUN Labu, terutamanya golongan yang memerlukan bantuan.

“Terima kasih kepada semua Pengerusi MPKK serta Ahli Jawatankuasa MPKK DUN Labu yang sama-sama menjayakan program ini.

“Semoga dengan bantuan kecil ini, ianya sedikit sebanyak dapat menceriakan sambutan Hari Raya Aidiladha keluarga ini,” kata Ismail.

Show More

Related Articles

Back to top button