Berita

30 keluarga dikuarantin Covid-19 terima bantuan makanan dari Nasir

BAGAN PINANG: Berikutan kes Covid-19 naik secara mendadak, sebanyak 30 keluarga telah dikuarantin di DUN Bagan Pinang.

Justeru, Penyelaras DUN Bagan Pinang, Tuan Nasir Rahman mengambil langkah menyantuni keluarga yang dikuarantin dengan menyumbang bantuan makanan.

“Saya telah turun padang untuk mengagihkan bantuan barangan makanan harian kepada 30 keluarga yang dikuarantin di rumah.

“Bantuan makanan dihantar dari rumah ke rumah dengan mematuhi SOP yang ketat.

“30 keluarga yang dikuarantin ini dari Taman Intan Duyung, Taman Almai, Taman Minda dan Taman Setia Damai.

“Sentiasa menjaga kebersihan diri dan tabah hadapi ujian-Nya,” kata Nasir.

Turut bersama Ahli Majlis Perbadanran Port Dickson, Encik Zamrry Ibrahim dan Pengerusi MPKK Bagan Pinang, Encik Shariff Yusof.

Show More

Related Articles

Back to top button