Aktiviti

30 keluarga India disantuni Nasir sempena Tahun Baru Tamil

BAGAN PINANG: Sempena sambutan Tahun Baru Tamil kelmarin, Penyelaras DUN Bagan Pinang, Tuan Nasir Rahman telah menyantuni 30 keluarga India kurang berkemampuan di Kampung Baru Siliau.

“Sempena sambutan Tahun Baru Tamil, saya telah menyerahkan sumbangan makanan keperluan harian kepada 30 keluarga kaum India dari Kampung Baru Siliau.

“Semoga sumbangan ini meringankan perbelanjaan dan memeriahkan lagi sambutan tahun baru mereka

“Sumbangan ini juga bagi memastikan tiada sesiapa yang terpinggir di dalam DUN Bagan Pinang,” ujar Nasir.

Nasir turut meluangkan masa bagi meninjau dan melihat sendiri keadaan sebuah balai raya yang terbiar di perkampungan tersebut.

“Saya akan membawa perkara ini kepada pihak berkaitan untuk membaik pulih balai raya ini,” kata Nasir.

Turut hadir, Pengerusi MPKK Kampung Baru Siliau, Encik Ghazaly Zakaria; Pengerusi Persatuan Penduduk Kampung Baru Siliau, Encik Chandran Retiappan dan Setiausaha Persatuan Kampung Baru Siliau, Encik David Selvanayagam.

Show More

Related Articles

Back to top button