Aktiviti

Pelajar IPT terima Bantuan Sara Hidup dari Nasir

BAGAN PINANG: Penyelaras DUN Bagan Pinang, Tuan Nasir Rahman telah menyerahkan Bantuan Sara Hidup kepada tujuh pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dari DUN Bagan Pinang.

“Perbelanjaan di IPT amatlah tinggi. Bagi pelajar dari keluarga yang kurang berkemampuan, ianya menjadi satu masalah yang sangat membimbangkan.

“Dengan perbelanjaan makan minum, rumah sewa, kos pengangkutan ke kelas, kertas kerja, buku dan lain – lain, ianya sedikit sebanyak meletakkan pelajar dalam keadaan tertekan dan terganggu dengan kesempitan kewangan.

“Peka dengan permasalahan ini, Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato Seri’ Aminuddin Harun telah mewujudkan Bantuan Sara Hidup untuk anak Negeri Sembilan yang sedang menuntut di IPT bagi meringankan beban perbelanjaan harian yang ditanggung di kampus.

“Semoga bantuan ini sedikit sebanyak dapat membantu proses pembelajaran pelajar IPT ini,” kata Nasir

Turut hadir wakil Yayasan Negeri Sembilan, Encik Farman dan Encik Roslan.

Show More

Related Articles

Back to top button