Berita

30 pemandu teksi terima bakul makanan dari Anwar

PORT DICKSON: Ahli Parlimen Port Dickson, Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengagihkan sumbangan bakul makanan kepada 30 pemandu teksi dari Persatuan Kebajikan Tuan Punya dan Pemandu Teksi/Kereta Sewa Daerah Port Dickson.

“Golongan ini antara yang cukup terkesan pendapatan mereka akibat Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 dan pandemik Covid-19 yang memerlukan perhatian sewajarnya daripada pihak berwajib.

“Saya berharap sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu keluarga para penerima,” ujar Anwar.

Bantuan barangan keperluan dapur ini diagihkan melalui Pejabat Ahli Parlimen Port Dickson.

Turut hadir, Pegawai Pejabat Ahli Parlimen Port Dickson, Mejar (B) Hasrin Abd Samat.

Show More

Related Articles

Back to top button