Aktiviti

300 asnaf Gemas terima sumbangan Aildiladha

Sumbangan berbentuk duit raya dan hamper

GEMAS: Seramai 300 orang asnaf dari DUN Gemas menerima sumbangan berbentuk duit raya dan hamper dari Ahli Parlimen Tampin, YB Datuk Dr.Hasan Baharom dan Penyelaras DUN Gemas, Puan Rosnani Saring sempena Program Jelajah Santunan Kasih Semarak Ikatan Aidiladha DUN Gemas.

Program ini anjuran Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Tampin dan Pejabat Penyelaras DUN Gemas dengan kerjasama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) DUN Gemas.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada MPKK Jelai 1/2/3/4, MPKK Kampung Pasir Besar dan MPKK Kampung Ladang yang telah bekerja keras bagi menjayakan program ini.

“Semoga sumbangan ini dapat meringankan bebanan kewangan keluarga ini dan memeriahkan lagi sambutan Aidiladha,” kata Hasan.

Turut hadir Pegawai Tugas-Tugas Khas Penyelaras DUN Gemas, Encik Jefry Young; Pengurus Felda Jelai 3, Encik Najib dan Ahli Jawatankuasa MPKK DUN Gemas.

 

 

Show More

Related Articles

Back to top button