Berita

300 asnaf PPR Seri Perdana Paroi disantuni Wan Hasni

Sebanyak 300 kotak makanan disumbang kepada yang memerlukan

PAROI: Dalam usaha meringankan beban kewangan golongan asnaf di Flat PPR Seri Perdana Paroi, Badan Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat PH dan Pegawai Kanan Kerajaan Negeri (BAKRIYAH) telah menganjurkan Program Sumbangan Barangan Keperluan bersama Yang Di Pertua BAKRIYAH Negeri Sembilan, YABhg Datin Seri Hajah Wan Hasni Wan Yusof di perkarangan perumahan tersebut.

Turut hadir menjayakan program ini, Ahli Dewan Undangan Negeri Paroi, YB Dato’ Mohamad Taufek Abd Ghani dan Pengerusi Kelab Ikon Wanita Negeri Sembilan, Puan Julindah.

“Sebanyak 300 kotak barangan makanan yang disumbangkan oleh Kelab Wanita Ikon Malaysia dan Ikhlas.com telah diserahkan kepada 300 keluarga yang memerlukan di flat ini.

“Saya juga sempat menziarahi sebuah keluarga yang mempunyai seorang anak OKU dan satu lagi keluarga yang ahli keluarganya sedang terlantar sakit.

“Semoga sumbangan yang diberikan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban penduduk yang terkesan dengan wabak Covid-19,” kata Wan Hasni yang juga merupakan isteri kepada Menteri Besar Negeri Sembilan.

Wan Hasni juga merakamkan penghargaan kepada Mohd Taufek yang turut sama terlibat dalam menjayakan dan memastikan program ini berjalan lancar.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close
Close