Berita

300 keluarga kurang kemampuan terima sumbangan ayam segar dari Musliadi

JERAM PADANG: Penyelaras DUN Jeram Padang, Tuan Musliadi Sabtu menyumbang 600 ekor ayam segar kepada 300 keluarga kurang berkemampuan di DUN Jeram Padang.

“Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha, setiap keluarga beragama Islam dibekalkan dengan dua ekor ayam.

“Penerima ayam segar ini dari Felda Palong 1, Felda Palong 2, Kampung Sri Rompin, Kampung Baru Rompin, Felcra Rompin B dan Felda Bukit Rokan Barat.

“Pengagihan dibuat menerusi MPKK kawasan masing-masing. Semoga usaha ini membawa keberkatan kepada semua,” ujar Musliadi.

Show More

Related Articles

Back to top button