Berita

300 orang berjaya divaksin di DUN Chuah

PORT DICKSON: Pejabat Parlimen Port Dickson dengan kerjasama Pusat Khidmat Rakyat DUN Chuah dan Pejabat Kesihatan Port Dickson telah menganjurkan Program Vaksinasi Covid-19 DUN Chuah.

ADUN Chuah, YB Dato’ Yek Diew Ching berkata, seramai 300 orang telah menerima suntikan vaksin di Dewan Orang Ramai Kampung India, Bukit Pelanduk.

“Ini termasuk empat orang warga emas yang uzur menerima vaksin mereka di rumah masing-masing.

“Terima kasih para petugas barisan hadapan yang sangat komited dalam menjayakan program ini.

“Diharapkan usaha vaksinasi ini dapat membantu kita semua dalam melawan wabak Covid-19,” ujar Yek.

Yek juga merakamkan penghargaan kepada Ahli Parlimen Port Dickson, YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim di atas usaha beliau menganjurkan program vasinasi ini di DUN Chuah.

Show More

Related Articles

Back to top button