Berita

300 pelajar terima baucer RM100 dari Mary

RAHANG: Seramai 300 pelajar dari keluarga kurang berkemampuan di DUN Rahang menerima baucer bernilai RM100 dari ADUN Rahang, YB Mary Josephine Prittam Singh.

“Saya telah menyerahkan baucer pakaian seragam sekolah ‘Back to School 2021′ bernilai RM100 kepada Pengerusi PIBG Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Ma Hwa Kampung Baru Rasah.

“Disebabkan pandemik Covid-19 dan PKP, ramai ibubapa kehilangan pekerjaan dan pendapatan.

“Oleh sebab itu, saya telah menyediakan baucer pakaian seragam sekolah ini dan diedarkan kepada 300 orang pelajar di dalam DUN Rahang,” kata Mary.

Mary berkata, setiap pelajar akan menerima dua keping baucer bernilai RM50 setiap satu.

“Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun yang prihatin kepada kehendak dan keperluan penduduk di DUN Rahang,” ujarnya.

Show More

Related Articles

Back to top button