Berita

Pesakit lumpuh terima katil mudah laras dari Ismail

Lumpuh sejak 30 tahun yang lepas

LABU: Seorang pesakit lumpuh dari Kampung Gadong Sc Lama, menerima sebuah katil mudah laras dari ADUN Labu, YB Ismail Ahmad.

“Saya dimaklumkan pesakit ini mengalami lumpuh sejak hampir 30 tahun, disebabkan jatuh dari pokok ketika usia 20an.

“Kini sudah hampir 30 tahun mengalami lumpuh, beliau masih belum menerima sebarang bantuan seperti ini (katil mudah laras).

“Semoga dengan bantuan katil mudah laras ini, ianya sedikit sebanyak dapat memudahkan keluarganya menguruskan beliau,” kata Ismail yang juga Exco Pembangunan Luar Bandar.

Show More

Related Articles

Back to top button