Berita

Warga emas terima kerusi roda dari Mohd Aidil

Lapan keluarga turut menerima sumbangan barangan keperluan dapur

JUASSEH: Program Ziarah Mahabbah merupakan program kebajikan mingguan Penyelaras DUN Juasseh, Tuan Mohd Aidil Abdullah.

Beliau telah menyantuni lapan keluarga di Kampung Jerjak, Kampung Terentang dan Kampung Padang Lebar dan menyerahkan sumbangan barangan keperluan dapur.

“Kebajikan masyarakat DUN Juasseh salah satu fokus saya terutamanya pasca Covid-19.

“Di kesempatan ini saya telah menyerahkan sumbangan berupa kerusi roda kepada seorang warga emas, Puan Sapiah Mad Ali.

“Sapiah merupakan seorang pesakit minor strok dari Kampung Jerjak.

“Diharapkan dengan kemudahan kerusi roda ini, dapat memudahkan pergerakan beliau,” kata Mohd Aidil.

Turut mengikuti program Ziarah Mahabbah ialah Pegawai Hal Ehwal Masyarakat Pusat Khidmat DUN Juasseh, Ustaz Zamri Yaakub dan Pegawai Kewangan, Rozani Ridzuan; Wanita Keadilan DUN Juasseh serta Pengerusi MPKK Terentang, MPKK Pekan Juasseh dan MPKK Padang Lebar.

Show More

Related Articles

Back to top button