Berita

Mangsa kebakaran Johol dapat perhatian Kerajaan Negeri

Mangsa kebakaran terima sumbangan kewangan dan makanan

JOHOL: Berikutan kebakaran melibatkan deretan lapan buah kedai di pekan Air Mawang pagi kelmarin, mangsa kebakaran menerima sumbangan kewangan dan makanan daripada pemimpin Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan.

Penyelaras DUN Johol, YM Tunku Yazid Tunku Adzim menghulur sumbangan kewangan dan makanan, manakala Exco Bandar, Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru, YB Teo Kok Seong turut menyerahkan sumbangan kewangan kepada mangsa kebakaran.

“Saya juga akan mengadakan perbincangan dengan Pejabat Daerah Kuala Pilah untuk cadangan pembangunan semula deretan kedai ini,” kata Tunku Yazid.

Tunku Yazid berkata, kebakaran yang bermula kira-kira jam 7.50 pagi itu memusnahkan deretan lapan buah kedai.

Lima buah jentera bomba dari Balai Bomba Kuala Pilah dan Tampin digegaskan ke tempat kejadian. Punca kejadian serta kerugian masih disiasat.

 

Turut hadir Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan, YB S.Veerapan; Setiausaha Politik Kepada YAB Menteri Besar, Encik Mokhtar Ahmad; Penghulu Mukim Johol, Encik Resul Zakaria; Ketua Balai Polis Johol, SM Shariff; Pengerusi MPKK Desa Air Mawang, Goh Lam Peng serta beberapa pengerusi MPKK berhampiran.

 

 

Show More

Related Articles

Back to top button