Berita

Md Rais: 75 pelajar yatim piatu terima sumbangan kewangan

Setiap pelajar terima RM100

SENALING: Seramai 75 pelajar yatim piatu dari DUN Senaling menerima sumbangan kewangan RM100 setiap seorang dari Penyelaras DUN Senaling, Tuan Md Rais Basiron.

“Sumbangan kewangan ini adalah untuk meringankan beban kewangan pelajar dan sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan persekolahan mereka.

“Saya juga berharap dengan sumbangan kewangan ini, ia akan memberi semangat kepada pelajar untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran.

“Semoga anak-anak ini memberi tumpuan dalam pendidikan dan pegangan agama yang dianuti,” kata Md Rais dalam ucapan perasmian Program Motivasi Kemahiran Keibubapaan Era Pasca COVID-19 di Dewan Senaling.

Pengarah Kumpulan Akademi Yayasan Negeri Sembilan, Tuan Bahrom Abu Bakar menyampaikan ceramah motivasi kepada pelajar dan ibubapa yang hadir.

Bahrom berkata, Yayasan Negeri Sembilan turut menawarkan peluang melanjutkan pelajaran kepada pelajar yang layak di Institut Yayasan Negeri Sembilan.

Md Rais mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi MPKK, Setiausaha MPKK, ibubapa dan penduduk Senaling yang turut bantu menjayakan program ini.

Program dianjur Pusat Khidmat Penyelaras DUN Senaling dan Kumpulan Akademi Yayasan Negeri Sembilan dengan kerjasama Persatuan Intergrasi Insaniah Malaysia.

Show More

Related Articles

Back to top button