Berita

Shahran lancar Sambutan Bulan Kemerdekaan DUN Sri Menanti

Shahran serah bendera Malaysia kepada 30 MPKK

SRI MENANTI: Pejabat Penyelaras DUN Seri Menanti telah mengadakan Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan 2020 dan Majlis Penghargaan Program Qurban Perdana YAB Menteri Besar Negeri Sembilan di Kampung Orang Asal Langkap di Balairaya Muhibbah Tanjung Ipoh.

“Tema Bulan Kemerdekaan untuk tahun ini ialah ‘Malaysia Prihatin’

“Kita masih menghadapi suasana pandemik Covid-19.

“Aktiviti Sambutan Bulan Kemerdekaan yang dirangka pada bulan Ogos amat terhad.

“Walaubagaimanapun kami tetap mengadakan pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan dengan menyumbang bendera Malaysia dan Negeri Sembilan kepada 30 MPKK di DUN Seri Menanti,” kata Penyelaras DUN Sri Menanti, Tuan Shahran Kaat.

Turut berlangsung simbolik pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan dengan menyanyikan Lagu Kebangsaan dan Lagu Negeri Sembilan sambil menaikkan bendera yang diketuai oleh Pengerusi MPKK Kampung Sri Menanti, Encik Azman.

Turut hadir Pengerusi MPKK Kampung Pulau, Encik Itam dan beberapa bekas perajurit negara dari DUN Sri Menanti.

Sementara itu Shahran turut menjamu dan meraikan petugas, penyumbang dan kakitangan kerajaan yang terlibat menjayakan Program Ibadah Korban Di Kampung Langkap baru baru ini.

“Kerjasama yang erat dapat merealisasikan penganjuran program yang lebih mantap.

“Saya amat terharu dengan komitmen yang baik dari semua pihak.

“Hidangan makanan pada hari ini juga adalah hasil gotong royong MPKK Kampung Tengah Hulu, yang diketuai oleh pengerusinya Encik Hasmeon.

“Alhamdulillah, perkukuhkan lagi DUN Seri Menanti. Mantapkan lagi usaha yang anda lakukan, yang akan dihargai sampai bila bila,” ujar beliau lagi.

Foto: Liza

Show More

Related Articles

Back to top button