Aktiviti

33 keluarga terima bantuan barangan makanan asas

SRI TANJUNG: ADUN Sri Tanjung, YB Dato’ M.Ravi telah menyerahkan sumbangan barangan makanan asas kepada 33 keluarga kurang berkemampuan dari DUN Sri Tanjung.

“Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan telah memperuntukkan RM100,000 bagi melaksana program ‘Food Bank” di seluruh Negeri Sembilan.

“Adalah diharapkan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga kurang berkemampuan ini,” kata Ravi di Majlis Penyerahan Sumbangan Food Bank Malaysia ( FBM ) Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2020 di Balairaya Kampung Arab.

Turut hadir, Ahli Majlis Perbandaran Port Dickson, Encik Yani; Pengerusi MPKK Kampung Arab, Encik Rahamat dan Pengerusi MPKK, Kampung Gelam, Encik Baharudin.

Show More

Related Articles

Back to top button