BeritaMenarik

Aminuddin mahu dilihat MB komited perangi rasuah

SEREMBAN: Bak kata pepatah, ‘Harimau mati meninggalkan belang, Manusia mati meninggalkan nama’, YAB Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun mahu memastikan rekod pentadbirannya sebagai Menteri Besar yang benar-benar komited memerangi rasuah.

“Saya selaku insan yang diberi amanah tertinggi di negeri ini akan sentiasa menjadikan SPRM sebagai rakan karib.

“Saya tidak akan sesekali menghalang SPRM untuk menjalankan siasatan ke atas sesiapa sahaja yang berkerja di bawah kerajaan ini.

“Tidak ada seorang pun kebal dari undangundang, lebih-lebih lagi yang melibatkan rasuah dan penyelewengan dana negeri ini.

“Ini ikrar saya kepada semua barisan Exco dan ADUN-ADUN,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian di Program Bicara Eksekutif Antirasuah Bersama Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri Sembilan Yang Ke-15 Tahun 2024.

Show More

Related Articles

Back to top button